Thursday, September 18, 2008

MELAYARI KEHIDUPAN........

ASSALAMULAIKUM.....

apa yang menarik dalam kelas tekno????
macam-macam ada.....
suka duka semuanya dirangkum bersama
tak dapat digambar melalui kata-kata
hanya sinar mata dan riak wajah menggambarkan segala-galanya.....

kami cuba untuk berkongsi bersama.....
kisah kami mungkin tidak sehebat yang diharapkan...

best sangat belajar tekno...
relax walau banyak kerja
hepi ada yang suka buat lawak
enjoy dapat belajar benda baru
ini semua kerana ustazah memang sporting giler....
bukan bodek ea...tapi ikhlas

tak best kalo xde cerita di sebalik cerita...
dalam suka ada duka...
sedih kalo kena kritik
debar kalo kena bentang
kecewa kalo tak dapat buat yang terbaik
tapi xpe...
kami kuatkan minda,cekalkan hati
dan kami akan lakukan yang TERBAIK....

PERTAMA KALI............

ASSALAMUALAIKUM.......

pertama kali.....
buat bahan untuk p&p, baru kami sedar bukan mudah menjadi guru
terutama untuk menjadi ustazah..
bila sebut pendidikan Islam, semua murid menarik muka...
bermacam-macam dalam kotak fikiran mereka BORING,MENGANTUK,MENYAMPAH dan sebagainya
kononnya subjek yang paling membosankan bagi mereka.

dalam kelas teknologi pendidikan Islam..
kami didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk menggunakan teknologi..
bermula dengan set induksi sehinggalah untuk buat soalan.
mungkin ini cara yang terbaik untuk menarik minat murid..

bukan itu sahaja...
kami yang bakal pendidik pun dapat ilmu juga..
sebelum ini, kami tak kenal apa itu youtube, macam mana nak download dan pelbagai lagi
nak kata kuno hidup dibandar, baru sedar banyak yang perlu dipelajar untuk menjadi pendidik
susah tapi menyeronokkan...
tak rugi belajar benda baru kan......